Saturday, 3 August 2019

Alhamdulillah, Kita Dapat Tiga Mata

SHARE
Sanjar berjaya jaring dua gol.
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - "Alhamdulillah, kita dapat tiga mata," itu luahan pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain setelah pasukannya menewaskan PKNS FC 3-1, semalam.

Melayan kunjungan pelawat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam aksi pertama Piala Malaysia 2019, Nafuzi berpuas hati dengan aksi bersemangat anak-anak buah kendaliannya.

“Paling penting, kita dapat tiga mata dan jaringan besar yang terhasil adalah bonus bagi kami. Tahniah kepada pemain atas komitmen dan semangat walaupun kita beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utama.

“Perlawanan ini adalah aksi yang terbaik pasukan di bawah kendalian saya. Tetapi, belum cukup sempurna dan masih banyak pergerakan dan peningkatan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, semalam.

Nafuzi puas hati aksi bersemangat pasukan.
Beliau turut memaklumkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak meletakkan sebarang tekanan sebaliknya memberi sepenuh sokongan untuk memberikan yang terbaik dalam kempen kali ini.

Nafuzi juga mengingatkan pemain untuk terus mendapatkan mata penuh dalam perlawanan seterusnya menentang Kedah di Alor Setar pada 8 Ogos ini.

“Kita tahu, moral pasukan lawan tinggi selepas memenangi Piala FA baru-baru ini. Tetapi, kita akan terus cuba menambah kualiti dalam permainan kerana kita perlukan setiap perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: