Saturday, 3 August 2019

Abdul Hadi Rancakkan 'Terengganu Tenggiri Challenge'

SHARE
Foto ihsan - Media Presiden PAS
Oleh: Aziz Hambali

MARANG, 3 Ogos - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyertai program buang unjam bagi merancakkan lagi  "Terengganu Tenggiri Challenge" yang bakal berlangsung 20 hingga 21 September ini.

Pembuangan unjam di perairan Pulau Kekabu, Marang tersebut bertujuan menarik kehadiran banyak ikan seterusnya menjadikan program "Terengganu Tenggiri Challenge' lebih menarik dan mencabar.

"Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu," ujarnya selepas aktiviti membuang unjam kelmarin.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS mengambil kesempatan memenuhi hobi memancingnya dan berhasil menaikkan seekor tenggiri seberat hampir 10 kiloram (kg).

Menariknya, seringkali beliau ditanya doa khusus apa yang diamalkan untuk memancing. Jawapan beliau ringkas, Nabi tidak memancing.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: