Saturday, 10 August 2019

65 Peserta Jalani Praktikal Sembelihan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 10 Ogos - Seramai 65 orang peserta menjalani praktikal sembelihan dalam Kursus Sembelihan Haiwan Ternakan dan Korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, baru-baru ini.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN berkenaan, Khaziman Khalik berkata, kursus anjuran institut berkenaan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun itu memberi banyak pendedahan kepada peserta.

"Menariknya, bukan hanya sekadar teori diajar, peserta juga berpeluang menyembelih sendiri ayam-ayam yang disediakan penganjur.

"Ia memberi satu pengalaman baru kepada peserta terutama anak-anak muda yang turut tidak melepaskan peluang mengaut ilmu berkaitan sembelihan dan mempraktikkannya," jelasnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, sewaktu program berkenaan di Masjid Kampung Dendang, di sini, baru-baru ini.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman.

Sehubungan itu, Ghazali turut berharap agar program tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Paling utama, apa yang kita lakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah dengan setiap makanan yang kita perolehi, diantara syarat utama sembelihan adalah disembelih oleh orang Islam.

"Kalau tidak mampu untuk melakukan sembelihan paling kurang mempunyai ilmu pengetahuan dan mendapat pendedahan bagaimana cara sembelihan yang betul didalam ajaran Islam," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: