Thursday, 15 August 2019

5,000 Mat Motor Bakal Iring Tiga MB

SHARE

Kira-kira 5,000 penunggang motosikal melibatkan pelbagai persatuan dari tiga negeri  akan menyertai Konvoi Bermotosikal mengiringi tiga Menteri Besar menuju ke Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) pada 22 Ogos ini.

Konvoi sejauh kira-kira 20 kilometer itu  bermula dari Pasarnita, Kampung Tanjung  Kuala Terengganu melalui Jambatan angkat (draw bridge)-Seberang Takir dan akan singgah di tapak program HIMPUN di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah,  program julung kali dianjurkan kerajaan negeri itu turut menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus pada sesi Bicara Ummah.

“Katanya, kemudiannya Bicara Istimewa bersama tiga Menteri Besar dari Pantai Timur  iaitu  Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Kanan Ahmad Yaakob.

“Program  bakal dihadiri 20,000 pengunjung  dari seluruh Pantai Timur itu dimulai dengan solat maghrib berjemaah,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: