Sunday, 4 August 2019

400 Sertai Acara Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge

SHARE

Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin

MARANG, 4 Ogos- Seramai 400 peserta mengambil bahagian dalam acara berbasikal Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge sejauh 30 kilometer yang bermula di susur masuk lebuhraya Bukit Payung melalui lebuhraya Telemong dan berakhir di lokasi yang sama, semalam.

Acara berbasikal yang julung kali dianjurkan Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung itu terbahagi kepada tujuh kategori iaitu  RB pro, RB Open, RB Amatur, RB Veteran & Heavyweight dan MTB Vetaran & Heavyweight.


Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata program berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa apabila penyertaan daripada peminat sukan berbasikal dua kali ganda sasaran asal.

“Saya melihat program sebegini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dimana pada jangkaan awal hanya mensasarkan sekitar 200 orang peserta sahaja tetapi kita mendapat dua kali ganda daripada jumlah itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelepasan flag off  Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge di susur masuk lebuhraya Bukit Payung, semalam.

Mohd Nor yang  juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, program sebegini bagus buat remaja dimana dapat bersukan secara sihat dan dalam masa yang sama mengelakkan mereka terjerumus dengan gejala tidak berfaedah.


Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Payung merangkap Ketua Penganjur, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki berkata, walaupun pertama kali dianjurkan program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan dimana terdapat penyertaan dari luar termasuk Pahang dan Kelantan.

Beliau juga berkata, BP20 Highway Challenge akan dianjurkan pada tahun hadapan diatas sambutan yang mengalakkan ini.

“Kami mendapat peserta dari seluruh Terengganu serta sekitar Pahang dan Kelantan dan diatas sambutan yang mengalakkan ini kami akan meneruskan program sebegini dimana akan membuat BP 20 Highway challenge pada tahun hadapan,” ujar beliau.

BP19 Highway Challenge turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan kelab-kelab ternama seperti Terengganu Cycling Team (TSG) serta skuad Team Pelapis Negeri Terengganu, Team Sukma Terengganu, LAW Cycling Team, IZRIMEEBIKE, BMCC dan Pasir Puteh Cycling Team.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: