Sunday, 11 August 2019

21 Lembu 'Tumbang' Sempena Aidiladha Di Rhu Rendang

SHARE
Dr. Samsuri mengagihkan daging korban kepada penduduk.



MARANG, 11 Ogos - Sebanyak 21 lembu ditumbangkan dalam Majlis Qurban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, hari ini.

Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat.

Penduduk berkerjasam melapah daging.
"Ini adalah tanda bahawa dalam masyarakat, kerja yang susah boleh dilakukan jika kita berkerjasama," katanya ketika ditemui media semasa majlis berkenaan, di Pulau Kerengga, pagi ini.

Majlis anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) itu bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir tengahari tadi.

Sekitar 500 penduduk 'berkampung' di Pusat Tarbiyah PAS cawangan Pulau Kerengga membantu proses melapah dan mengagihkan daging korban kepada 21 buah kampung dalam DUN berkenaan.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: