Wednesday, 3 July 2019

Tolong Cari Anak Saya - Siti Ruziana

SHARE

Saiful Aiman (dalam bulatan)

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 3 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan pagi di sebuah kedai yang terletak di depan rumah mangsa di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut sejak semalam.

Saiful Aiman Mohamad, 9dikatakan keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan kira-kira jam 9 pagi.
Ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, berkata anak ketiga  dari empat beradik itu tidak ke sekolah sebelum itu  dan dia menyedari kehilangan Saiful Aiman apabila tidak melihat kelibat anaknya  ketika pulang ke rumah dari tempat kerja malah mulai risau dan cemas kira-kira pukul 7 malam apabila Saiful Aiman masih belum pulang.
Siti Ruziana yang kematian suami sejak tiga tahun lalu itu kemudian bersama beberapa ahli keluarga dan jiran telah berusaha mencari di kawasan sekitar namun gagal sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Hari ini ada orang beritahu, anak saya dilihat menaiki sebuah teksi bersama seorang wanita warganegara Thailand yang menghala ke arah Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan, pada tengah hari semalam.

"Ada juga yang mendakwa ada melihat anak saya berada di sebuah kedai Cyber Café di Gertak Seratus jam 5 petang semalam sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil,” katanya ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh di rumahnya, baru-baru ini.



Siti Ruziana berkata, tidak pernah Saiful Aiman tidak pulang ke rumah sebelum ini dan dia meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan anaknya.

Sementara itu, Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berharap agar  Saiful Aiman dapat ditemui dengan segera.

"Saya berharap agar orang ramai dapat membantu bagi mecari adik Saiful Aiman sehingga ditemui.

"Saya bersimpati dengan apa yang terjadi ini dan berharap agar keluarga adik Aiman sabar dan tabah menghadapi ujian ini,” ujar Azbi.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: