Friday, 5 July 2019

Terengganu FC Menang Lagi

SHARE
Aksi pemain TFC dan PKNS FC di Stadium Shah Alam malam ini. TFC kalahkan PKNS 2-1
SHAH ALAM, 5 Julai – Terengganu FC (TFC) membawa pulang tiga mata apabila menundukkan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam malam ini.

Gawang PKNS FC bolos minit ke 34 melalui tendangan pendek Sanjar Shaakhmedov di depan pintu gol pasukan itu.

Bagaimanapun pada minit ke 83 separuh masa kedua PKNS FC menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain gantian importnya Kitthipong Pluemjai melepasi jangkuan menjaga gol Terengganu, Ilham.

Kemenangan itu adalah kemenangan kedua berturut-turut buat skuad Ketua Jurulatih TFC Nafuzi Zain dalam perlawanan sengit dan menarik malam ini.

Meskipun berjaya mendahului perlawanan, hasil jaringan Sanjar pada babak pertama, namun PKNS FC hadir dengan tempo permainan laju.

Pada babak kedua menyaksikan gawang TFC kerap diuji dengan percubaan berbahaya.

Tetapi ketangkasan Ilham, menafikan percubaan-percubaan tersebut sehingga Kitthipong yang masuk sebagai pemain gantian melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan Ilham.

Jaringan penyamaan itu hanya bertahan lima minit apabila gol kemenangan TFC hadir menerusi tandukan Nasrullah Hanif yang menyambut baik sepakan percuma ketua pasukan Lee Tuck pada minit ke 88.

Tiga mata yang sangat berharga buat Sang Penyu untuk memperkemaskan kedudukan dalam carta Liga Super Malaysia.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: