Monday, 22 July 2019

Tengku Nadhirah Sultan Mizan Dahului Penerima Gelaran Kebesaran Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Puteri sulung Sultan Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin mendahului senarai penerima gelaran kebesaran negeri Terengganu.

Anakanda baginda dianugerahkan gelaran Tengku Puteri Utama Raja sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.



Manakala, Putera kedua baginda, Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin menerima gelaran Tengku Sri Setia Mahkota Raja, di samping Puteri bongsu Tuanku, Tengku Fatimatuz Zahra’ Sultan Mizan Zainal Abidin pula dianugerahkan Tengku Puteri Daulath Raja.



Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil telah diberi gelaran Tengku Seri Bijaya Raja.

Turut menerima gelaran, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya yang dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Dalam.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: