Sunday, 14 July 2019

Sumbang Komputer Riba Kepada Sekolah Imtiaz Kemaman

SHARE

Oleh: Aminji

KEMAMAN, 14 Julai - Sebanyak empat unit komputer riba disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, sumbangan ini sebagai galakan kepada pelajar selaras dengan perubahan teknologi maklumat yang mampu memberikan satu impak besar terhadap profesion mereka.

“Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadikan komputer riba  salah satu teknologi pengajaran dan pembelajaran,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan di Surau Asy Syakirin, Imtiaz Kemaman baru-baru ini.


Ab. Razak yang juga Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Teknologi Maklumat juga berkata setiap pelajar mesti menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan.

“Pencarian maklumat melalui internet juga merupakan aset yang akan menjayakan pendidikan pada masa hadapan,”ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: