Friday, 26 July 2019

Sukuk Wakalah Projek Bekalan Air Utara KAJV Dibentang - MB Terengganu

SHARE

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Majlis Menandatangani Dan Pembentangan Pelabur Bagi Penerbitan Sukuk Wakalah Projek Bekalan Air Utara KAJV di sini pagi tadi.

Majlis dikelolakan oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium KAJV Sdn Bhd, Datuk Awalan Abdul Aziz. Hampir 100 pelabur dalam dan luar negeri hadir di majlis tersebut.

Dr Ahmad Samsuri berkata, kerjasama antara Konsortium KAJV, Affin Hwang dan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) meningkatkan infrastruktur bekalan air sekali gus menguntungkan semua pihak dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negeri.

"Majlis ini adalah satu usaha daripada pihak syarikat untuk mendapatkan pelabur-pelabur bagi melanggan skop yang ditawarkan dengan kerjasama pihak pengurusan dari HSBC dan Affin Hwang.


"Ini adalah untuk memastikan projek ini berjalan dengan licin dan dengan pelabur-pelabur yang datang hari ini yang sedang mendengar 'presentation', saya rasa optimis bahawa mereka akan turut bersama dalam program seperti ini," jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Terdahulu, projek itu dimeterai hujung tahun 2016 dan mula dilaksanakan pada 2017 dengan kemajuan projek lebih 30 peratus dan  kontrak berharga RM797.2 juta.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: