Tuesday, 30 July 2019

Stor SMK Pelong Musnah Dijilat Api

SHARE



Oleh : Ariss Alias

SETIU, 30 Julai -  Satu kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan barang-barang lusuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong berlaku lewat petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zul Azman Jamaluddin bagaimanapun berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 6.00 petang itu tidak meragut sebarang nyawa.

"Sebuah jentera bersama 10 orang anggota digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang

"Ketika kejadian semua pelajar beriadah di padang sekolah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya semasa ditemui media.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Purwanto Karto, 48, berkata, apabila dia melihat kebakaran itu, dia bergegas ke asrama berkenaan bagi memadamkan api yang sedang marak.

"Kami guna paip air dan tiga belas alat pemadam api di bangunan berkenaan bagi memadam kebakaran sebelum pihak bomba tiba," ujarnya

Kejadian tersebut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di dua blok asrama yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: