Sunday, 21 July 2019

SLE Ibarat ‘Rumah Dimakan Anai-Anai’

SHARE


Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 20 Julai- Penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) ibarat rumah yang dimakan anai-anai, diluar nampak elok dan utuh, tapi di dalam sudah rapuh,” ujar Presiden Persatuan SLE Malaysia (Terengganu) Rohafiza Abdullah.

SLE merupakan penyakit kronik autoimun yang mana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badannya sendiri. Apabila sistem daya tahan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri akibat daripada proses itu, ia akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain di dalam badan.

Rohafiza berkata, kumpulan sokongan adalah sangat penting, ia berperanan mendidik pesakit serta ahli keluarga mengenai pelbagai aspek melalui ceramah dan sesi terapi kaunseling.

Katanya, pengambilan ubat yang betul dan berterusan, gaya hidup yang sihat serta sokongan kuat terutama daripada keluarga dan sahabat mampu memberikan sinar kepada pesakit SLE.

"Lihat sahaja dari luaran, kami kelihatan sihat, Tiada beza di antara saya, pesakit SLE dan anda yang sihat. Tapi di dalam kami hanya pesakit sahaja yang tahu.

"SLE boleh menyerang semua orang bermula dari umur kanak-kanak hingga 50-an. 90 peratus adalah wanita dan selebihnya lelaki.
  
"Selalunya pesakit yang baru disahkan mengidap SLE adalah buntu dan keliru dangan penyakit SLE. Maka disinilah peranan persatuan bagi memastikan pesakit mendapat informasi yang betul,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada program Walk A Payung 2019 di Taman Awam Batu Burok, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO negeri Wan Sukairi Wan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada yang terlibat menganjurkan program berkenaan.

“Diharapkan lebih banyak program sebegini dianjurkan oleh agensi terlibat atau NGO agar rakyat Terengganu terus mendapat maklumat dan informasi tentang penyakit SLE ini,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: