Tuesday, 30 July 2019

Setiu Terengganu Bakal Miliki Taman Tema Air

SHARE
Ariffin (empat dari kanan) meninjau kawasan di Setiu dalam lawatan kerjanya baru-baru ini.
SETIU, 30 Julai - Bandar Permaisuri, Setiu bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila kerajaan negeri meluluskan kerja pembinaan taman tema air bernilai lebih RM4 juta berhampiran Peladang Setiu Agro Resort, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pelancongan sudah meluluskan kerja pembinaan taman tema air itu sejak dua bulan lalu.

“Lokasi projek ini sangat menarik kerana terletak di atas bukit dan Peladang Setiu Agro Resort. Apabila projek ini siap kelak, daerah Setiu akan menjadi satu lagi destinasi agro pelancongan utama.

“Setiu juga boleh dianggap sebagai pintu pelancongan kepada Terengganu,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja melawat tiga kawasan hutan lipur di daerah Setiu, di sini, baru-baru ini.

Taman tema air itu dibangunkan di atas tanah seluas empat hektar dan dijangka siap akhir 2020. Ia juga dijangka menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan peniaga setempat.

SUMBER: BERITA HARIAN
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: