Thursday, 18 July 2019

Sebelas Rumah Terjejas Ribut Dibaiki Segera

SHARE

Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN, 18 Julai – Sebanyak 11 buah rumah yang mengalami kerosakan termasuk atap diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah segera dibaiki.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Cukai Hanafiah Mat berkata, pihaknya mengambil tindakan pantas membaik pulih kesemua rumah mangsa ribut tersebut agar penghuninya terus dapat tunggal dalm keadaan selamat dan selesa.

Katanya,  semasa berlaku kejadian kelmarin beliau telah mengarahkan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengambil tindakan segera terhadap mangsa ribut.

"Kejadian itu menyebabkan sebelas buah kediaman rosak teruk dan perlu dibaiki.

Tindakan segera dilakukan oleh semua MPKK termasuk datang membantu tukang rumah telah mempercepatkan urusan membaik pulih rumah mangsa,” ujarnya.


Sebelum itu, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Wanita, Nooreha Jusoh bersama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai telah datang melawat mangsa ribut dan mengambil maklumat untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat kepada penduduk yang terlibat dalam musibah.

Nooreha Jusoh berkata, tugas dan peranan i-MiTS bukan semata-mata di dalam pejabat, sebaiknya turun membantu ketika berlaku musibah.

“Kita turut mengadakan program ziarah penduduk sakit, kematian dan sebagainya yang melibatkan kebajikan penduduk,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: