Wednesday, 17 July 2019

RM30 Juta Peruntukan Baik Pulih Rumah Dan PPTS Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 17 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan membaik pulih rumah rakyat di Terengganu untuk tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, jumlah maksimum untuk setiap pembaikian (baik pulih) rumah sebanyak RM11,000.

“Kerajaan negeri masih lagi meneruskan peruntukan baik pulih rumah, bahkan bukan sahaja baik pulih tetapi kita juga meneruskan PPTS yang dahulunya dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurut beliau, jumlah yang diberikan kepada pemohon bergantung kepada jenis kerosakan yang dibuat penilaian oleh pegawai dan juruteknik di pejabat daerah dan diselaraskan oleh Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: