Monday, 8 July 2019

Popular Tidak Halang Mat Ipang Jadi Budak Kampung

SHARE
Mat Ipang.
Oleh: Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN, 8 Julai - Instafamous cilik, Mat Ipang yang wajah dan nasihatnya menjadi viral sehingga menarik puluhan ribu ' likers'  tidak menghalangnya untuk bergaul dan bermain dengan kawan sekampung seusianya.

Muhammad Irfan Yusmanizam, 9, yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Abang, seperti kanak-kanak lain yang menghargai nikmat bermasyarakat.

"Walaupun kita budak-budak, kita juga kena buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah, bila ikut sama terlibat dengan aktiviti begini, kita dapat dekat dengan orang kampung," ujarnya.

Menurut Mat Ipang yang sebelum ini viral kerana meniru gaya penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, dia seronok dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh orang kampung.

Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru itu berkata demikian ketika ditemui bersama datuknya pada Gotong Royong Perdana di Kampung Baru, Kuala Abang, di sini baru-baru ini.

Ditanya penglibatannya dengan rakaman video sama ada untuk iklan atau peribadi, katanya, beliau memberi lebih fokus kepada pembelajaran.

"Sekarang kurang sikit buat video, sebab hendak bahagi masa belajar dan siapkan kerja-kerja sekolah," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: