Thursday, 18 July 2019

PKM Sura Bantu Mangsa Ribut

SHARE

Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 18 Julai - Dua buah rumah yang menjadi mangsa ribut awal pagi semalam, menerima bantuan segera daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sura Tengah, Jaidi Jusoh berkata bantuan itu melibatkan atap, kayu, dan membaiki termasuk membersih sekeliling rumah.

“Setakat ini dua buah rumah terlibat telah dikenalpasti dan kita telah lapor kepada PKM DUN Sura untuk segerakan bantuan membaiki rumah,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, memaklumkan ada menerima laporan tersebut dan komited akan membantu membaiki kediaman mereka yang terjejas dengan bencana terbabit.

“Alhamdulillah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan kita sudah meneliti beberapa bantuan yang boleh disalur dengan kadar segera.

“Kami akan mengambil tindakan terbaik dalam membantu mangsa terjejas,” maklumnya.

Dalam kejadian ribut itu, beberapa bumbung rumah mangsa telah diterbangkan angin menyebabkan beberapa barangan di dalam rumah mengalami kerosakan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: