Thursday, 4 July 2019

Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kini Dalam Proses Baik Pulih

SHARE

Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019- foto oleh terengganufc.com 


KUALA NERUS, 4 Julai - Proses penukaran dan baik pulih padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kini berjalan lancar mengikut  masa yang telah ditetapkan dan dijangka sedia digunakan pada Oktober 2019.
Projek baik pulih padang di stadium ini telah ditaja oleh Malaysia Football League (MFL) dalam usaha pihak MFL membantu pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan bagi membaiki dan menaiktaraf venue perlawanan masing-masing.
Projek perintis pertama MFL ini merupakan satu jalinan kerjasama selama ini serta komitmen Terengganu FC untuk menjadi sebuah Kelab Bolasepak professional di dalam Liga Malaysia dan bakal bergerak dengan projek membantu menaiktaraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC dimasa akan datang.
Menurut satu kenyataan dalam laman rasmi terengganufc.com, kerja-kerja awal telah dijalankan pada 09 April 2019 oleh kontraktor yang dilantik dan mengambil masa lima hingga enam bulan menggunakan rumput jenis rumput Bermuda Princess 77.
Mengikut laporan yang telah diberikan oleh syarikat yang telah menjalankan projek baik pulih ini, mereka menyatakan kesemua kerja-kerja baik pulih padang stadium ini berjalan baik termasuk memastikan sistem saliran air berada dalam keadaan baik dan semestinya proses penanam benih rumput baru yang akan memberikan nafas baru bagi permukaan padang ini.
Sementara itu, Terengganu FC serta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor) selaku Pengerusi MFL yang memberikan nafas baru kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk kembali digunakan bagi perlawanan tertinggi Liga Malaysia.
Jika projek penukaran padang pada tahun ini berjaya, Stadium Sultan Mizan akan menjadi venue pasukan utama (TFC) mulai musim 2020.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: