Tuesday, 30 July 2019

MB Terengganu Sembah Tahniah Pertabalan Agong

SHARE
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.
KUALA LUMPUR, 30 Julai - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili kerajaan negeri menyembah tahniah di atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

"Alhamdulillah dapat bersama  dalam peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.


"Istiadat berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


"Patik merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan KDYMM Tuanku dan semoga pemerintahan KDYMM Tuanku diberkati dan dirahmati Allah. Daulat Tuanku," sembahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: