Monday, 22 July 2019

MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu

SHARE
Menteri Besar Terengganu menerima pingat daripada Sultan Mizan.
KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar antara 48 penerima darjah kebesaran dan bintang sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.

Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) membawa gelaran Dato’ Seri pada istiadat pengurniaan yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Chendering.

Seramai sepuluh orang pula menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’, mengetuai penerima gelaran ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md. Azahar serta Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Zainal Abidin Hussin.

Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.), turut dianugerahkan kepada 10 orang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Ahmad Azmi Md Salleh, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Besut, Rozali Salleh.
Yahaya Ali turut menerima pingat.
Manakala, Darjah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) pula dianugerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta tiga penerima lagi.

Selain itu, seramai tujuh orang menerima Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z.) yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim, 12 orang menerima Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.).

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: