Wednesday, 24 July 2019

Longkang Baharu Selesaikan Masalah Penduduk Kubang Miang

SHARE


  
Wan Hapandi meninjau keadaan semasa longkang yang sedang dibina.
Oleh : Mohd Asraf

DUNGUN, 24 Julai - Pembinaan longkang baharu di Kampung Kubang Miang yang sedang berjalan bakal memberi keselesaan kepada lebih 500 penduduk di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik yang meninjau keadaan projek berkenaan berpuas hati dengan kelancaran dan perjalanan projek tersebut.

Menurutnya, dengan siapnya projek itu, ia bakal mengatasi masalah longkang tersumbat sehinggan menyebabkan berlaku pelbagai masalah lain seperti sebelum ini.

“Sebelum ini longkang di kawasan itu sering tersumbat disebabkan masalah perparitan dan dengan siapnya projek ini masalah longkang serta air tidak mengalir berjaya diatasi.

“Saya mendapat banyak aduan dari orang kampung berkenaan air tidak mengalir dan saya telah ajukan perkara ini ke bahagian yang berkenaan dan alhamdulillah hari ini projek ini telah berjalan dan saya berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” ujar beliau.


Beliau ditemui pemberita semasa meninjau projek membina longkang baharu di Kampung Kubang Miang, di sini semalam.

Turut hadir Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Sura, Mohd Yusof Ismail serta kakitangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.

Sementara itu, Wan Hapandi memaklumkan sepanjang setahun pemerintahan kerajaan baharu, pelbagai projek kecil dibawah peruntukan ADUN telah berjaya dilaksanakan.
Ia secara tidak langsung menyelesaikan segala masalah yang menjadi rungutan penduduk setempat.

“Sepanjang kita memerintah, telah banyak projek rakyat dilaksanakan dan projek ini juga merupakan salah satu projek pembangunan kerajan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura,” tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: