Wednesday, 24 July 2019

Kerajaan Pusat Digesa Haramkan “Ghost Candy” Dan Vape Kepada Pelajar Sekolah - Shaharizukirnain

SHARE

KUALA TERENGGANU, 24 Julai - Kerajaan Pusat digesa mengharamkan penjualan ‘Ghost Candy’ kepada pelajar sekolah khususnya bagi menghalang anak muda membudayakan tabiat merokok selain  boleh memudaratkan kesihatan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata sehingga kini, kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan menghentikan penjualan ‘Ghost Candy’.

Katanya, namun begitu masih belum ada apa-apa arahan bagi mengharamkan pengambilan gula-gula berkenaan kepada pelajar sekolah sedangkan jelas sekali pengambilan produk tersebut boleh membawa kepada tabiat serta ketagihan merokok pada usia muda.

“Saya mencadangkan agar larangan pengambilan vape di tempat awam dapat dijalankan sebagaimana pengharaman rokok. Ini kerana menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Racun Negara, vape mengandungi Nikotin penyebab ketagihan malah setiap 40mg kandungannya boleh menyebabkan kematian.

“Larangan ini juga sebagai usaha mendidik masyarakat menghindari vape sekaligus mampu membuang tabiat berani pelajar menghisap vape secara terbuka,”ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya segera mengharamkan penjualan ‘Ghost Candy’ serta mengeluarkan akta kawal selia Vape secepat mungkin berikutan beberapa hari yang lepas tular gambar dan video pelajar sekolah darjah empat dan lima dengan bangganya menghisap ‘Ghost Candy’ dan juga vape yang sangat membimbangkan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: