Thursday, 4 July 2019

Kepayahan Hidup Harun Dapat Perhatian YB

SHARE
Harun terharu dengan sumbangan dan perhatian yang diberikan.


Oleh : Nizam At-Takiri

KUALA NERUS, 3 Julai - Penduduk Kampung Tuan Mandak, Harun Draman, 64, yang terus dihimpit masalah kewangan mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali.

Pegawai Khas yang mewakili Dr Khairuddin, Wan Yusrizal Wan Shafi’i berkata, Harun tidak mampu lagi bekerja sejak dua tahun lalu kerana diuji dengan masalah di bahagian tulang lutut.

Katanya, Harun yang sebelum ini bekerja sebagai buruh telah diberikan bantuan bagi mengurangkan penderitaan keluarganya.

“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi membantu mereka mengharungi kehidupan seharian,” jelasnya

Beliau berkata demikian semasa menziarahi keluarga Harun di kampung berkenaan, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Mohd Faudzi Wan Harun.

Semetara itu, menurut Harun, keluarganya turut dibantu oleh anak-anak yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan.

“Hidup saya sekeluarga sekarang bergantung kepada dua orang anak saya yang berniaga air tebu dan seorang lagi bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Batu Enam,” ujar Harun.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: