Sunday, 21 July 2019

Kembara Warisan Berlangsung 7 September

SHARE
Muzium Negeri Terengganu. Foto Ihsan - Google


KUALA TERENGGANU, 21 Julai – Program Kembara Warisan 2019 yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Terengganu bakal berlangsung pada 7 September ini.

Program tersebut akan dijalankan di Kompleks Muzium Negeri Terengganu dan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai basikal serta berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai program berkenaan.

Yuran sebanyak RM30 dikenakan untuk setiap penyertaan dan tarikh tutup penyerahan borang adalah pada 5 September 2019.

250 peserta yang terawal bakal menerima t-shirt program dan untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Ahmad Khairul Herman Rozali di talian 09-6231200 atau 016-9808315.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: