Sunday, 28 July 2019

Kaji Langkah Proaktif Bendung Gejala Sosial

SHARE
Azmi Tengah.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Langkah proaktif akan dikaji bagi membendung masalah gejala sosial melibatkan golongan pertengahan dan remaja yang membelenggu masyarakat.

Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah berkata, operasi-operasi terus dipergiat bagi mengekang perkara tersebut menjadi barah.

Jelasnya, kelicikkan pihak tertentu juga menyebabkan tugas agensi berkuasa menjadi sukar dan terganggu.

 “Kita telah mengambil beberapa langkah yang proaktif tetapi masalahnya mereka mempunyai taktik yang tertentu dan itu merupakan kekangan bagi pihak kita,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), kelmarin.

Mengulas tentang tangkapan operasi yang dijalankan, beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang yang ada bagi memberi pengajaran kepada pelaku.

“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 25 dan 27(1) iaitu perempuan yang bersedia melacurkan diri dan suami melacurkan isterinya,” tambah beliau.

Katanya, pasangan tersebut ditangkap di salah sebuah hotel di Kuala Terengganu dan mereka bergerak secara aktif melalui aplikasi telefon pintar sebagai medan perniagaan mereka



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: