Saturday, 20 July 2019

Kad Sejahtera Guna Data E-Kasih - ADUN Buluh Gading

SHARE
Ustaz Ridzuan Hashim (kiri) tidak melepaskan peluang mendapatkan pemeriksaan percuma.
Oleh: Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Seramai 20 ribu penerima akan dipilih dari data e-Kasih pada peringkat permulaan untuk menerima Kad Sejahtera yang telah dilancarkan pada 16 Julai yang lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program ini direalisasikan selaras dengan janji manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Pelaksanaannya akan menggunakan data e-Kasih dan selepas itu akan ditambah baik dari masa ke masa menepati ciri-ciri penerima yang layak.


“Selepas ini kita akan perluaskan ciri-ciri penerima dan tidak bergantung kepada data e-Kasih sahaja agar lebih ramai penerima dapat menikmati Kad Sejahtera bagi yang berpendapatan RM1,750 ke bawah.

“Kita nak tengok supaya program ini berjalan, selepas itu kita akan tambah baik," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ceramah Dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang diadakan di Surau Al Amin, Taman Perumahan Awam Kos Rendah Banggol Peradong, semalam.

Terdahulu, Kad Sejahtera telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman dengan peruntukan sebanyak RM10.9 juta pada tahun ini dengan 20 ribu penerima bakal menerima manfaat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: