Saturday, 13 July 2019

Jemaah Haji Duta Terengganu & Malaysia

SHARE

Oleh: Hailmey Mansor

Kuala Nerus, 13 Julai - Jemaah haji yang mengerjakan ibadah suci pada tahun ini adalah sebagai duta Malaysia dan Terengganu khususnya.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab mengharapkan agar jemaah haji sentiasa bercerita kepada warga negara lain tentang kelebihan yang ada di negeri Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya.

"Saya harap para jemaah sentiasa bercerita tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada negeri ini.

"Contohnya pulau-pulau yang cantik, budaya yang menarik dan keindahan alam semula jadi yang sukar dicari di tempat lain,” kata Fazil ketika merasmikan majlis  meraikan jemaah haji DUN Seberang Takir di Masjid Tok Jembal malam semalam.



  • Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan Penolong Penyelia i-MiTS DUN tersebut, Jamaliah Abdullah.

Beliau juga mengingatkan agar para jemaah sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang mengerjakan rukun Islam yang ke lima itu.

"Saya berharap semua tetamu Allah ini sentiasa menjaga adab dan tingkah laku bagi menjaga nama baik Malaysia dan Terengganu  khususnya.

"Ini sesuai dengan apa yang sentiasa kita sebut, negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik".Tambah beliau lagi.

Seramai 76 orang jemaah haji dari DUN Seberang Takir menerima sumbangan berbentuk Riyal Arab Saudi dan sehelai tuala sebagai kenang-kenangan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: