Monday, 8 July 2019

Jawatankuasa Kebajikan Mangsa Kebakaran Ditubuh - Ahli Parlimen Dungun

SHARE
Wan Hassan (tengah) turun padang meninjau kawasan kebakaran.


Oleh : Sulaiman Hafiz

DUNGUN, 8 Julai – Sebuah jawatankuasa khas yang bertindak merangka kaedah penyelesaian bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Felda Jerangau dan kawasan Dungun akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan, jawatankuasa tersebut akan dimuktamadkan sepenuhnya dalam mesyuarat pertamanya pada Jumaat ini, 12 Julai.

Katanya, pertemuan itu juga akan memperincikan kaedah-kaedah penyelesaian untuk dilaksanakan bersama beberapa agensi dan badan kerajaan yang lain.

“Saya selaku Ahli Parlimen di sini mengambil tugas untuk membentuk jawatankuasa ini atas sebab keperluan kepada kebajikan yang perlu kita tangani segera dengan cara terbaik.

“Ia juga bagi membolehkan usaha-usaha membaik pulih dan kalau perlu usaha yang lebih daripada itu maka jawatankuasa inilah yang akan membincangkan dengan terperinci, Insya-Allah,” jelasnya.

Menyelami hati mangsa kebakaran.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa melawat mangsa kebakaran di Felda Jerangau, Bukit Besi, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Khas Penyelidik Tanah Persekutuan Pejabat Menteri Besar, Naraza Muda bersama Wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

Menurut Wan Hassan lagi, penubuhan jawatankuasa itu akan membawa impak yang tinggi dalam menyelesaikan isu itu khusus buat warga Dungun.

Tambah beliau lagi, perbincangan awal bersama MPKK dan wakil penduduk juga menunjukkan perkembangan yang sangat postif.

“Sempat juga bertemu dan berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab daripada MPKK  Felda Jerangau.

Rumah yang musnah dijilat api.

“Respon yang kita dapat daripada MPKK yang bertanggungjawab sangat positif dan Insya-Allah kerja-kerja akan mula digerakkan selepas menyuarat pertama nanti.

“Penting untuk kita melihat kepada kebajikan yang telah dilaksanakan oleh MPKK berkenaan dan mudah-mudahan ia dapat menyelesaikan peringkat pertama dan kemudian mungkin ada penyelesaian kepada rumah yang kedua,” ujarnya





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: