Wednesday, 24 July 2019

Ibu Tunggal Digalak Ceburi Industri Kulinari 'Frozen Food'

SHARE



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 24 Julai - Ibu tunggal dan suri rumah diminta menceburkan diri dalam industri kulinari 'frozen food' termasuk membuat roti canai bagi menambah pendapatan keluarga.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, perniagaan pembuatan roti canai secara sejuk beku atau 'frozen' adalah satu bidang perniagaan yang sesuai untuk diceburi kerana ia bermula dari rumah.

"Penyediaannya tersangat mudah kerana mereka tidak perlu menyewa mana-mana kedai ataupun premis perniagaan, proses hanya dibuat di rumah.

"Promosikan roti canai sejuk beku ini boleh dibuat melalui media sosial, dan ianya amat berbaloi dan lumayan hasilnya jika kena caranya,"jelas beliau.



Ghazali berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pembuatan Roti Canai dan Roti Canai 'Frozen', di Pusat Komuniti Desa (PKD) Felda Jerangau di sini baru-baru ini.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), memberi manfaat kepada 30 orang peserta bagi meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Sementara itu, seorang peniaga gerai makan di Felda Jerangau, Mohd Radzi Mat Lela, 41 berkata, ilmu yang diperolehinya itu akan digunakan untuk menambahkan kepelbagaian jualan di gerainya.



"Sebelum ini gerai saya hanya menjual mee sup celup, pisang goreng dan air balang. Namun setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh YPU ini memberikan saya satu keyakinan untuk menceburi bidang ini sebagai tambahan.

"Kursus ini juga mengajar saya, bagaimana cara membuat roti canai berkualiti sesuai dengan harga yang dibayar pelanggan dan memuaskan hati mereka," jelas beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: