Tuesday, 30 July 2019

Ibu OKU Gembira Diberi Perhatian

SHARE

Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 30 Julai - "Terima kasih kerana bantu saya," itulah ungkapan yang diucapkan oleh seorang penerima bantuan kerusi roda, Sudaryati Hamat, 44, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini beliau hanya bergantung dengan tongkat untuk bergerak. Kesukaran ini ditanggung  setelah menjalani pembedahan kaki akibat komplikasi diabetes.

“Alhamdulillah, suka dan amat terharu di atas sumbangan ini. Terasa ringan sedikit bebanan untuk saya buat apa-apa. Terima kasih kerana sudi membantu saya,’’katanya dengan penuh kesyukuran.

Sudaryati Hamat merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai dua orang cahaya mata. Salah seorang anaknya juga OKU dalam pembelajaran.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, segala bantuan akan disalurkan kepada sesiapa sahaja yang berhak tanpa mengira warna kulit mahupun perbezaan politik.

“Asalkan mereka betul-betul berhak dan memerlukan. Dalam tempoh setahun lebih ini, hampir 30 buah kerusi roda kita agihkan untuk warga Jabi yang memerlukannya.

"Alhamdulillah, pagi ini dua buah lagi kerusi roda akan mula berkhidmat kepada tuan baru untuk memudahkan pergerakan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada penerima di Kampung Kubang Gatal dan Kampung Bakap, Jabi.

"Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita yang berada dalam keuzuran. Tiada daya dan upaya kita melainkan kudrat yang dikurniakan Allah,’’ tambahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: