Sunday, 7 July 2019

I-MiTs Bukit Besi Ziarah Mangsa Kebakaran

SHARE


 DUNGUN, 7 Julai - Mangsa kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di Felda Jerangau semalam telah diziarahi oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Penolong Penyelianya, Zakiah Alias memaklumkan, program ziarah yang diatur oleh pihaknya itu bertujuan untuk menyalurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Ujarnya, rumah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad serta seorang penduduk, Engku Zulkifli Engku Rashid musnah dijilat api.

"Kebakaran yang berlaku pada pukul 1.25 tengahari semasa para muslimin sedang sibuk bergegas untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid.

"Kami pada hari ini telah turun menyampaikan sedikit sumbangan walaupun tidak seberapa namun bolehlah dikira sebagai sumbangan ikhlas dalam membantu meringankan mangsa," jelasnya ketika ditemui pihak media, semalam.

Zakiah turut mendoakan agar setiap apa yang berlaku dipermudahkan dalam segala bentuk bantuan yang disalurkankan.

"Diharapkan agar mangsa menerima keadaan ini kita perlu terima, yakin dan percaya setiap qada dan qadar yang berlaku ada hikmahnya.

"Serta kita yakin dan percaha bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar," tambah beliau.


Sehubungan itu, bagi meringankan bebanan kerugian yang ditanggung oleh mangsa, sumbangan derma kilat boleh disalurkan secara terus ke akaun Maybank 113015277506 atau menghubungi Mohd Sidek Muhammad di talian 011-10353565.

Manakala bantuan untuk Engku Zulkifli Engku Rashid boleh disalurkan ke akaun Maybank 163037068114 atau boleh menghubunginya di talian 011- 33492606.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: