Tuesday, 2 July 2019

Dr Samsuri Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Hal Ehwal Ekonomi

SHARE

KUALA TERENGGANU, 2 Julai- Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri Majlis Silaturahim Aidilfitri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi beliau di Selangor, semalam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri Kerja Raya, Baru Bian; Duta Amerika Syarikat, TYT Kamala Shirin Lakhdhir; Speaker DUN Selangor, Ng Sue Lim serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.


Dr Ahmad Samsuri turut menzahirkan ucapan terima kasih atas jemputan tersebut.

“Semoga ukhwah terjalin membawa kebaikan khususnya buat rakyat Terengganu,” katanya seperti yang dipetik dalam laman sosial Facebook rasminya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: