Wednesday, 17 July 2019

Dekati Masyarakat Menerusi Ziarah Kebajikan

SHARE

Oleh: Aminji

KEMAMAN, 17 Julai- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman bekerjasama mengadakan program ziarah kebajikan.

Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS Dun Air Putih, Sayed Zulkifli berkata, program berkenaan diadakan setiap dua minggu sekali.


“Bagi meringankan beban dan menyemarakkan budaya silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, hari ini kita telah memberi sumbangan bekalan keperluan asas dan wang ringgit kepada golongan miskin, sakit, dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekitar Kampung Dadong.

“Tujuan ziarah ini diadakan adalah untuk menzahirkan keprihatinan kita terhadap golongan kurang bernasib baik dengan memberikan sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban keluarga mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan program ziarah berkenaan, baru-baru ini.

Katanya, pelaksanaan program ziarah kebajikan tersebut diharap dapat menepati kumpulan sasaran termasuk mampu memberi impak positif dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan DUN Air Putih.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: