Sunday, 7 July 2019

'Budok Kapung' Belasah Budak Bandar

SHARE
Foto: Media TFCFT.


KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Pasukan Futsal Terengganu (TFCFT) meneruskan rentak kecemerlangan dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) apabila menang besar ke atas Kuala Lumpur dengan catatan 6 - 0, sebentar tadi.

Melayan kunjungan Skuad Ibu Kota di Stadium Negeri, Terengganu menguasai permainan dengan corak agresif berterusan.

Pelawat cuba mengimbangi corak permainan dengan melakukan gerakan-gerakan ke arah gol tetapi tidak mengancam kubu tuan rumah.
Foto: Media TFCFT.


Terengganu berjaya mendahului lawan pada minit ke-16 apabila Mohd Hafiz Ismail berjaya memanfaatkan hantaran rakan sepasukan dengan melambungkan bola melepasi penjaga gol pelawat.

Tuan rumah mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuk babak kedua, KL lebih banyak menguasai bola dan melakukan rembatan-rembatan jauh ke gawang yang dikawal Tengku Azraf Fahmi.

Pada minit ke-30, pemain KL, Mohd Shahrul Anuar memperoleh kad merah akibat mengasari Muhammad Izzat Alif memberikan kelebihan kepada Sang Penyu.

Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin apabila Hafiz menolak mudah bola ke gawang KL pada minit ke-31 menjadikan skor 2-0.
Foto: Media TFCFT.

KL kembali meningkatkan penguasaan tetapi Tengku Azraf dan pasukannya cemerlang bertahan.

Minit ke-35, Terengganu sekali lagi di hadapan. Kali ini, tuan rumah dihadiahkan penalti dan disempurnakan oleh Muhammad Idham Shafuan.

KL yang berdepan tekanan untuk merapatkan kedudukan menggunakan taktikal 'flying goalkeeper' untuk menggasak kubu Terengganu.

Namun, keputusan itu mengundang padah apabila Sang Penyu menyumbat dua gol rembatan jauh melalui Hafiz (minit ke-38) dan Mohd Aizat Saari (minit ke-39) sekali gus melebarkan skor kepada 6-0 sehingga tamat perlawanan.

Hafiz yang menjaringkan gol hatrik buat pasukannya dinobatkan Man Of The Match perlawanan itu.

Selepas aksi ketiga liga, Terengganu kini berada di tangga kedua dengan tujuh mata.











SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: