Tuesday, 9 July 2019

Aura Azizulhasni Terus Berbisa

SHARE
Wan Sukairi Wan Abdullah.
MELAKA TENGAH, 9 Julai - Aura jaguh pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terus berbisa dalam sukan tersebut apabila unggul meraih pingat dalam kejohanan dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, anak kelahiran Dungun itu sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau setelah merangkul pingat perak dalam acara 'sprint' di Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 yang berlangsung di Sundrive Velodrome, pagi semalam.

Jelas Wan Sukairi, kebolehan yang dimiliki oleh Azizulhasni pastinya membanggakan seluruh rakyat dan ia seharusnya menjadi ikutan semua anak muda Terengganu khususnya.

"Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang yang sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam sukan berbasikal.

"Ini juga merupakan satu lagi rekod pencapaian gemilang yang ditonjolkan oleh anak jati Terengganu dan semoga ia menjadi inspirasi kepada seluruh warga Terengganu," katanya.

Menyantuni anak perantau Terengganu pada majlis ramah mesra.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Perantau Melaka di Dewan Muaalim, Bukit Katil, di sini semalam.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Pengerusi PERANTAU Melaka, Dr Azlan serta Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas.

Semalam, ‘The Pocket Rocketman’ berjaya meraih tempat kedua dalam saingan akhir kejohanan sekali gus menyaksikan Azizulhasni merangkul pingat perak.

Manakala, Mullen Eoin dari Ireland membawa pulang gangsa selepas mengetepikan pelumba Sepanyol, Jose Moren Sanchez, dalam penentuan pingat gangsa acara sprint lelaki.

“Ia permulaan yang perlahan bagi saya di awal perlumbaan tetapi saya berjaya memberi saingan sehinggalah tamat perlumbaan.

Antara 400 anak Terengganu di Melaka yang hadir.
“Memenangi pingat perak dalam acara Sprint Lelaki di samping Juara Olimpik Jason Kenny adalah pelengkap yang baik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019,” kata Azizulhasni dalam hantaran menerusi akaun Instagram beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: