Sunday, 14 July 2019

Agih 100 Anak Pokok Durian Belanda Madu dan Lemon Secara Percuma

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 14 Julai - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Miang dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Dungun mengagihkan 100 anak pokok Durian Belanda Madu dan Lemon kepada orang ramai  sebagai galakan kepada masyarakat untuk menghijaukan persekitaran.

Pengerusi MPKK Kubang Miang, Mohd Yusof Ismail berkata agihan dua jenis anak pokok itu adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bercucuk tanam di tanah sendiri.

"Pokok ini begitu sesuai ditanam halaman rumah dan kita harap orang ramai dapat menghijaukan kediaman masing-masing dengan pokok ini kerana ia tahan lasak dan juga yang paling penting dapat mengeluarkan hasil sekaligus mampu menjana ekonomi warga tempatan.

"Menanam pokok ni walaupun tidak banyak tetapi ia mampu mengubah masa depan dan memberi impak dalam menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan manusia,” ujar beliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan semalam.


Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut diselit dengan Majlis Ramah Mesra bersama penduduk kampung sekitar.

Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Penghulu Mukim, Ahmad Asmadi Mohd Nor dan  agensi agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM, Jabatan Kesihatan Daerah Dungun, Jabatan Pertanian Daerah Dungun dan ArRayyan.

Sementara itu, Wan Hapandi berkata usaha menanam pokok perlu dipergiatkan dan aktiviti begini mampu mendidik golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.

"Agihan dua anak pokok secara percuma ini diharapkan bukan sahaja meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar namun mampu mendidik generasi muda atau golongan anak-anak di peringkat awal untuk lebih serius dalam bidang pertanian kerana ia mampu menjana ekonomi," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja juga mencadangkan agar program sebegini perlu diteruskan diseluruh daerah Dungun.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: