Monday, 1 July 2019

600 Anak Perantau Terengganu Dirai - Wan Sukairi

SHARE

Oleh: Wan Luqman Hakim

SHAH ALAM , 1 Julai - Kira-kira 600 anak Terengganu di perantauan hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Anak Terengganu di Perantauan 2019 di Syeksyen 7, Shah Alam Selangor.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah

Wan Sukairi berkata, program tradisi itu bertujuan mendekatkan kerajaan negeri dengan anak-anak Terengganu di perantauan untuk sama-sama merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang lebih santai dan mesra.


“Sebagai suatu isyarat bagaimana kerajaan negeri sentiasa mengharapkan hubungan antara anan-anak di perantauan dan kerajaan negeri di seluruh negara ini berada di dalam keadaan yang baik, walaupun anak perantauan berada jauh daripada negeri tetapi mereka tetap ada peranan dan tugas masing-masing yang perlu diberikan kepada kepimpinan negeri.

"Dan bagi merapatkan lagi hubungan ini, kita akan adakan perbincangan meja bulat dengan wakil-wakil mereka dan beri idea dalam forum lebih kecil untuk sama-sama sumbang saran pandangan dalam membantu pentadbiran negeri.


"Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak perantauan ini akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan Terengganu dan kita lihat bagaimana pencapaian boleh ditambah baik selepas itu," katanya ketika berucap di majlis tersebut, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu Maliaman Kassim dan  Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Mat Daik Mohamad.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: