Tuesday, 30 July 2019

32 Pasukan Rebut Empat Slot Ke Kejohanan Piala YB Ahli Parlimen KT

SHARE
Jadual perlawanan sebelah pagi.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 30 Julai - 32 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk akan bersaing untuk merebut empat slot ke Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pertengahan Ogos ini.

Slot tersebut akan diisi oleh empat pasukan terbaik yang bertarung dalam Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk bermula 2 Ogos nanti.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Batu Buruk, Abu Bakar Salleh sementara itu berkata, dalam menempuhi kehangatan kejohanan berkenaan, para pemain setiap pasukan dinasihatkan agar bermain dengan penuh semangat kesukanan.

“Pasukan yang bertanding dingatkan agar bermain secara ‘fair play’ dan tidak secara agresif.

“Peminat boleh hadir ramai-ramai menyaksikan di Padang Bola Sepak Lagun Chendering pada hari Jumaat dan Sabtu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk, di sini semalam.

Program yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak Lagun Chendering itu dianjurkan oleh Kelab Belia Sahabat Batu Buruk (Sahabat) dan turut mendapat kerjasama daripada i-MiTs DUN Batu Buruk.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: