Wednesday, 3 July 2019

200 Orang Sertai Go Skateboarding Day 

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar
Ihsan gambar: Arfan Norudin

DUNGUN, 3 Julai - Seramai 200 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang menyertai program Go Skateboarding Daya 2019 yang diadakan di perkarangan Kedai Belakang, No. 196 Batu 49 Jalan Besar, di sini baru - baru ini.

Pengerusi Persatuan Peneraju Pelancongan Dungun (D'TIPS), Mastura Nordin @ Mamat berkata, program julung kali diadakan di Dungun itu merupakan acara serentak yabg diadakan di seluruh dunia.

"Acara yang berlangsung selama dua hari tersebut didatangi oleh pelancong asing dari luar negara dan atlet skateboard peringkat Asia dan antarabangsa," ujarnya.


Menurut beliau, antara acara yang dipertandingkan ialah Best Run Miniramp, Best Trick Funbox, Best Trick Launcher, Highest Hippie Jump Dan Game Of Skate Team Battle.

"Kami berharap ini tidak bersifat 'one off' program, D'TIPS cuba mempertahankan agar acara ini menjadi acara tahunan di Terengganu amnya dan di Dungun khasnya.

"Selain D'TIPS, turut bekerjasama menjayakan program ini termasuk Dgnpoint, Pertubuhan Kebajikan Bantu Orang Susah Sokmo Terengganu (BOSS), Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pejabat Daerah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun dan jug Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli , " ujarnya.

Disamping itu katanya, pengeluar jenama sukan terkenal Vans telah menjadi penaja utama  untuk program yang berperanan sebagai perintis dalam memperkasakan Program Local Agenda 21, Majlis Perbandaran Dungun.

"Tidak lupa penghargaan juga kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penaja-penaja yang telah menyumbang sehingga program dapat diadakan dengan jayanya," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: