Wednesday, 3 July 2019

13 Ribu Pengunjung Hadir Jamuan Raya Parlimen Dungun

SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 3 Julai - Lebih 13,000 warga Dungun membanjiri Dewan Terbuka Arena Merdeka bagi memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen dan PAS Kawasan berkenaan.

Pengarah Program, Mohd Amin Hamid berkata kehadiran orang ramai adalah diluar jangkaan dan melebihi kehadiran pada tahun lepas.

" Majlis pun berjalan lancar dengan dibantu 600 petugas untuk persiapan  sebelum, semasa dan selepas majlis serta komitmen tinggi mereka sangat saya hargai.

" Alhamdulillah, kita menerima banyak sumbangan dan  menu yang menjadi tumpuan 'ayam pusing' sebanyak seribu ekor turut ditaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berkenaan , baru-baru ini.

Beliau juga berpuas hati  dan berkata bahawa majlis kali ini lebih berjaya daripada tahun-tahun sebelumnya termasuklah makanan yang juga mencukupi sehingga majlis  berakhir

Selain ayam pusing, tetamu turut dihidangkan dengan nasi minyak, satay, apam balik, ais krim dan pelbagai lagi juadah yang disediakan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: