Sunday, 14 July 2019

102 Pelajar Cemerlang DUN Manir Terima Anugerah

SHARE
Hilmi Harun (kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.

Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 13 Julai - Seramai 102 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang cemerlang Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR),  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syahadah Thanawi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz 30 Juzuk menerima anugerah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi  Harun berkata, anugerah khas daripada  Pusat Khidmat Masyarakat ADUN itu adalah sebagai tanda penghargaan untuk pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan.

Jelasnya, ia juga secara tidak langsung sebagai pembakar semangat untuk semua pelajar supaya terus memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang.

“Selari dengan kehendak kerajaan Terengganu yang mengutamakan modal insan seperti pelajar cemerlang dan kerajaan sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan.

“Ilmu merupakan anugerah Allah dan sangat bernilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Bertambah untung andai kita menjalankan amanah itu dengan penuh ikhlas dan tawakal kepada Allah SWT,” tegasnya


Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar DUN Manir 2019 di Dewan Serbaguna Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTs), Kampung Pulau Bahagia, di sini kelmarin.

Turut hadir, Penyelia i-MiTs Manir, Yusof Embong, Penghulu Mukim Belara, Mazlan Ismail, Penghulu Mukim Lot Manir, Khairul Shahril Othman dan guru-guru sekolah dalam DUN Manir.

Agenda kemuncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 102 pelajar cemerlang.

Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa serta penjaga pelajar yang tidak hadir kerana sedang melanjutkan pengajian.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: