Monday, 22 July 2019

10 Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras DUN Kuala Besut

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 22 Julai - Sebanyak 10 buah pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi merebut Piala Penyelaras DUN berkenaan.

Kejohanan yang bakal bermula 26 Julai ini akan menggunakan format liga di mana pasukan-pasukan bertanding dibahagikan ke dalam dua kumpulan sebelum bertemu diperingkat separuh akhir.

Pengerusi Kejohanan, Hafiz Yusof berkata, program berkenaan hanya boleh disertai oleh Pengundi DUN Kuala Besut bagi memberikan lebih kelebihan kepada penduduk tempatan.

"Setiap pemain perlu menutup aurat ketika bermain dan mana-mana pemain yang melanggar peraturan ini, tidak akan dibenarkan bermain.

"Saya berharap kejohanan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini", katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kejohanan Bola Sepak Liga di Pejabat Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, semalam.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: