Friday, 14 June 2019

Terengganu Antara Terendah Kes Kanak-Kanak Hilang

SHARE
Dato' Allaudeen Abdul Majid.
KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Bilangan kanak-kanak hilang berumur 18 tahun ke bawah yang dilaporkan sejak tahun 2010 hingga Mei lalu di seluruh negeri ini adalah 11 orang.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, berdasarkan semakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu berkaitan laporan kanak-kanak hilang bagi tempoh 2015 sehingga Mei 2019, mendapati hanya dua orang sahaja kanak-kanak (perempuan) yang masih dilaporkan hilang.

“Manakala baki sembilan orang yang dilaporkan hilang telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Hasil siasatan pihak polis, kesemua kanak-kanak yang dilaporkan hilang bagi tempoh tersebut  yang telah kembali ke pangkuan keluarga tidak melibatkan sebarang unsur atau elemen jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, bagi tempoh 2010 hingga 2014, tiada kes kehilangan kanak-kanak  dilaporkan di Terengganu.

“Terengganu merupakan antara negeri terendah bagi kes kanak-kanak hilang, bagaimanapun masyarakat negeri ini khususnya ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.
  

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: