Thursday, 20 June 2019

Terengganu Adakan Solat Jenazah Ghaib Dr Mohamed Morsi Esok

SHARE

KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Solat Jenazah Ghaib akan diadakan selepas solat Jumaat di seluruh masjid negeri Terengganu pada Jumaat, 21 Jun 2019 bersamaan 17 Syawal 1440H bagi menghormati mantan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 17 Jun 2019.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad memaklumkan perkara berkenaan dalam satu surat rasmi bertarikh 19 Jun 2019.

Oleh itu, katanya, kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah atas pemergian Dr Mohamed Morsi.

"Dunia Islam kehilangan seorang pejuang yang dikenang atas keberanian dan kesabaran menghadapi tekanan demi memperjuangkan keadilan rakyat Mesir serta pembebasan Palestin," kata Abdul Hadi.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: