Tuesday, 4 June 2019

Tak Hirau Ramadan, Atlet Kanu Gigih Berlatih Cabar Emas SUKMA

SHARE


KUALA TERENGGANU, 3 Jun - Disaat orang lain sibuk bersiap- siap untuk menyambut lebaran, atlet-atlet Kanu Negeri Terengganu masih gigih melakukan latihan untuk persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan berlangsung di Johor Darul Takzim.

Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu, Dzulkafli Abas berkata, walaupun berpuasa sepanjang bulan Ramadan, seramai 30 atlet Kanu tetap menjalani latihan sebanyak dua sesi sehari.

"Bagi bulan Ramadan, kita tukar sesi latihan pagi kepada malam, manakala sesi petang dikekalkan.
Dzulkafli yakin muka baharu dapat kekalkan legasi lama.

"Atlet kita sentiasa siap siaga berlatih kerana kami ingin mengekalkan legasi 14 pingat emas yang dimenangi pada kali terakhir dipertandingkan pada SUKMA Perlis 2014 lalu," katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Kanu negeri di Kuala Ibai, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, meskipun dibarisi muka-muka baharu, atlet yang dipilih berpotensi mencatat sejarah baharu pasukan itu tahun hadapan.

"Kita amat yakin dengan kelengkapan yang cukup dan tunjuk ajar ketua jurulatih yang merupakan jurulatih Kanu Kebangsaan, Muhammad Hakimi Abdullah, pencapaian lalu akan dapat diulangi," katanya.
Keletihan puasa bukan alasan hentikan latihan.

SUKMA 2020 akan menawarkan 35 pingat emas dengan tambahan tiga acara baharu iaitu Perahu Panjang, Canoe Polo dan Slalom Kayak.

Dalam pada itu, Hakimi yang turut berada di lokasi menyatakan, atlet Kanu akan disaring dalam siri latihan fasa kedua  dan tiga bermula Jun nanti bagi melengkapkan 20 pemain yang akan dibawa ke Johor.

"Kita sedia maklum, pasukan ini mendapat tentangan hebat tuan rumah, Johor serta Wilayah Persekutuan.
Pengalaman Hakimi (gambar) ditagih.

"Bagaimanapun, kita akan bersedia mencabar kejuaraan," katanya.

Selain latihan yang audah berada di tahap 60 peratus, pasukan Kanu juga akan menyertai beberapa siri kejohanan di dalam dan luar negara sebelum bertarung di SUKMA yang dijadualkan Julai tahun hadapan.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: