Tuesday, 11 June 2019

Sumbangan Orang Ramai Jayakan Hari Raya DUN Pengkalan Berangan

SHARE

Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 8 Jun - Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan disambut meriah hasil sumbangan orang ramai dan Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata beliau terharu dengan kerjasama yang diberikan untuk menjayakannya malah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

"Alhamdulillah, berkat daripada hasil sumbangan orang ramai dan kesemua UPU yang terlibat, sama ada dari segi wang ringgit, mahupun tenaga kita berjaya adakan majlis hari raya.

"Semoga ianya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT dengan balasan yang setimpal dengannya," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis tersebut di Merchang., baru-baru ini.



Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri,  Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Selain gulai daging kerbau, empat ekor kambing golek, juga terdapat pelbagai menu makanan melayu yang telah disediakan oleh UPU masing-masing dan kira-kira seramai 30 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan pejabat Dun, Pemuda PAS, Ameerah, Muslimat serta Jabatan Amal.



Majlis bertambah meriah apabila ADUN menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Sementara itu,, Sulaiman juga mengharapkan agar semua perantau selamat pulang ke destinasi masing-masing  disamping bergembira meraikan Aidilfitri buat kali ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: