Thursday, 27 June 2019

Sambutan Aidilfitri PAS Terengganu Pertemukan Trio Wakil Rakyat Tepoh

SHARE
Kemesraan terjalin antara trio wakil rakyat Tepoh, Ustaz Hishamuddin (dua dari kanan), Ustaz Ramli (tengah) dan Dr Abu Bakar (kiri) di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini mempertemukan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh dengan ADUN kawasan itu, Hishamuddin Abdul Karim.

Mereka terdiri daripada Dr Abu Bakar Abdullah (PAS) dan Ustaz Ramli Noh (UMNO).

Majlis  itu disifatkan sebagai medan pertemuan trio wakil rakyat Tepoh sama ada yang sedang berkhidmat dan yang telah tamat perkhidmatan dengan sebab-sebab tertentu.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, beliau gembira dapat bertemu dua orang kepimpinan dalam majlis itu.


Katanya, walaupun keuzuran, Dr Abu Bakar sentiasa menghadiri majlis yang dianjurkan parti pada saban tahun itu.

"Bekas ADUN Tepoh, Ustaz Ramli turut serta hari ini dan kedua-duanya menjadi rujukan saya bagi menyelesaikan masalah rakyat.

"Cuma Dr Abu Bakar agak keuzuran tetapi sentiasa memberi komitmen dan bimbingan kepada saya selama beliau berkhidmat di DUN Tepoh," jelasnya.

Dr Abu Bakar yang menghidap angin ahmar hanya berupaya melaungkan takbir "Allahuakbar" tiga kali bagi menyatakan bahawa itu sahaja kemampuan beliau untuk bercakap.

Ustaz Ramli ketika turut berucap di majlis itu mengakui pernah bertarung dalam pilihan raya umum dengan Ustaz Hishamuddin dan Dr Abu Bakar.

"Namun atas dasar taawun, kisah pertarungan politik itu diketepikan demi kebaikan bersama," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: