Thursday, 27 June 2019

Salur Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut

SHARE

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 27 Jun- Mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Kenak, disini akan menerima bantuan segera yang disalurkan melalui Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sebanyak tiga buah rumah penduduk terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku kira-kira pukul 8 malam, Selasa lalu.

“Pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh akan membantu membaik pulih rumah mangsa ribut dengan kadar segera bagi menjamin keselamatan penghuninya.

“Kita juga akan berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melancarkan dan memudahkan segala urusan yang berkaitan,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah penduduk yang dilanda ribut di Kampung Bukit Kenak, Jerteh, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kenak, Muhd Mazlan.

Katanya, dalam kejadian ribut itu terdapat rumah mangsa yang mengalami kerosakkan bahagian atap dan menyebabkan ruang rumah terdedah kepada hujan.

“Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera bagi menjamin keselesaan rakyat,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: