Friday, 21 June 2019

Rumah Dihempap Pokok Getah Akibat Ribut

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 21 Jun- Angin dan ribut kencang yang berlaku secara tiba-tiba di Kampung Minda  mengakibatkan pokok getah tumbang menimpa salah sebuah rumah di kampung itu.

Pemiliknya, Wan Gayah Ripin berkata ketika kejadian itu, dia baru sahaja pulang dari tempat kerja dan terdengar dentuman yang kuat.

"Ketika kejadian anak-anak tiada di rumah saya dan suami sahaja yang ada di rumah.

"Apabila melihat pokok getah menimpa dapur dan merosakkan beberapa keping atap, kami terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Pengerusi MPKK Minda,"jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita, di rumahnya di Kampung Minda, baru-baru ini.

Hadir dalam kejadian berkenaan, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Imran Muhamed Zanuyin, Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Noor Azian, Pengerusi MPKK Minda, Zakaria Maa'dam.


Sementara itu, Zakaria berkata, kejadian itu segera dimaklumkan kepada Pegawai Penyelaras dan juga kepada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Alhamdulillah tindakan segera dari Pegawai Penyelaras, Ghazali Sulaiman yang hadir bersama pasukan bomba untuk memotong bahagian dahan yang terkena pada bumbung.

" Serta tindakan cepat wakil dari JKM datang untuk menyiasat segera bagi diberi bantuan segera bencana" ujarnya.

Sehubungan itu juga Pegawai penyelaras,Ghazali Sulaiman berkata, kejadian yang sama juga berlaku di Felda Jerangau dimana ribut kencang turut meninpa tiga buah rumah yang melibatkan kerosakkan atap.

"Untuk kesemua rumah ditimpa bencana ini saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MPKK Kampung Minda dan Felda Jerangau agar ganti segera atap dan telah pun berhubung dengan pembekal atap.

"Ianya bagi menjamin kesejahteraan rumah penduduk yang terjejas ditimpa bencana. Terima kasih kepada pihak JBPM, JKM, MPKK diatas tindakan segera," jelasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: